08 March 2012

Abah Merajuk

Assalamualaikum.

Aku rindu mama. Serius minggu ni rasa nak balik sangat sangat sangat. Semenjak telefon bimbit aku bateri dia kembong (senang cerita tak boleh nak pakai), aku dah jarang bergayut dengan mama. Kalau tak boleh kata hari-hari aku telefon. Disebabkan aku sekarang pakai telefon rumah sewa, jadi beberapa nombor ja la yang aku ingat. Benda yang paling aku menyedihkan ialah aku tak ingat nombor telefon mama T___T

Jadi kena la telefon abah untuk cakap dengan mama. Bila telefon abah, aku terus mintak nak cakap dengan mama pastu abah akan buat ayat touching dia.

"Hello, assalamualaikum abah. Kakak nak cakap dengan mama sat."

"Awat kalau telefon tu tak cakap dengan mama tak boleh ka? "

"La, kakak nak cakap something dengan mama."

"Kat abah tak boleh nak cakap ka ?"

"Ermmm....ermmm....ermmm....abah panggil la mama sat."


Hahaha, kadang-kadang aku rasa abah merajuk tapi serius aku memang tak reti nak cakap sangat dalam telefon dengan abah. Aku minta nombor telefon mama dekat abah, tapi sampai sekarang dia tak bagi-bagi.

07 March 2012

05 March 2012

Kolam Air Panas Bemban

Assalamualaikum.

Sabtu hari tu, kitaorang satu rumah keluar pergi Air Panas Bemban, Melaka. Wanie ja tak ikut sebab ada hal. Ok, ni first time aku pergi mandi kolam air panas. Sedih kan? Orang dah lama pergi aku baru nak jejak kaki. Agak teruja jugak la sebab dengar cerita macam best. Kami bertolak selepas Isyak dan sampai sana dalam 10 malam.

Bayaran : RM6 untuk dewasa.
RM4 untuk kanak-kanak.


Tapi, masuk-masuk ja apa yang aku bayangkan tidak mencapai tahap. Kecewa sikit la. Macam indah khabar dari rupa. Kolam dia banyak yang air suam-suam ja. Yang panas pun tak boleh masuk berendam, kena mandi guna cebok/gayung yang disediakan. Dia ada banyak kolam-kolam kecil mengikut darjah celcius air. Ada papan gelungsur yang curam nak mampos. Aku sampai takut nak naik. Tapi aku tengok adik-adik tu selamba ja. Heh!






Yang paling cool, ada TEMPAT MANDI UNTUK MUSLIMAH. Tertutup! Boleh mandi free-hair. Hampa nak kuak lentang, kuak rama-rama semua boleh sebab memang takkan ada lelaki yang nampak. So, kami pun ambil peluang untuk mandi free-hair. Sebelum keluar dari situ, pastikan hampa pakai tudung balik. Dok buat lupa pulak satgi, habis la.

Aku bagi 3 bintang la untuk tempat ni cuma yang best aku rasa sebab dapat luangkan masa yang berharga dengan kawan-kawan.


sumber gambar : Google image. Aku lupa bawak kamera ;(

01 March 2012

Kalau la ada pemadam dalam otak dan hati aku, dah lama aku padam.