11 January 2011

aku sebuah peti ais

cakap pasal peti ais ni mengingatkan aku pasal peti ais rumah aku. hanya Allah ja yang tau betapa nazaknya keadaan dia. sekarang ni aku nk try wat karangan UPSR mcm dulu2. terimalah.


aku sebuah peti ais. aku dilahirkan di kilang SINGER yang pernah popular suatu masa dahulu dengan kata2 hikmat mereka iaitu
singer, menawan keluarga bahagia !
gambar sekadar hiasan :P
pada tahun 1996, aku dibeli oleh keluarga Encik Ismail. mereka baru sahaja berpindah rumah pada masa itu. sepanjang bulan pertama, mereka menjaga aku dengan baik sekali. aku rasa teruja untuk memberi perkhidamatan terbaik kepada mereka. namun, hari berganti hari mereka semakin bertindak kasar ke atasku. mereka menutup tubuhku dengan menghempas kuat sehingga menggigil badanku. oh, SAKIT sekali. sekarang, tahun 2011 sudah genap 15 tahun aku berkhidmat.
berikut adalah perkara yang berlaku ke atas aku :
1. badanku disumbat dengan segala macam makanan kering dan basah sehingga menyebabkan bau kurang enak.
2. aku dianaktirikan sebab tuanku sudah mempunyai peti ais baru yang diletakkan di kedai runcit mereka.
3. kalo dahulu, aku diletakkan di dalam rumah yang selesa, namun sekarang tidak lagi. mereka menempatkan aku di luar dan sama sekali tidak risau jika aku diculik penjahat.
4. disebabkan anak2 mereka, pintu aku rosak.
5. anak2 tuan aku sangat pemalas untuk membersihkan diriku. hanya tuanku dan isterinya sahaja yang selalu membersihkan diriku sewaktu mereka cuti.
muka budak2 pemalas tu

p/s : teringat cita emy pasal kata2 opah dia bila tgok gambar dia ngan kawan2 waktu tadika.
" kawan kakak badan dia besar mcm peti ais "
(^ .^)

7 comments: