01 April 2013

1 April

Assalamualaikum.

Hari ni 1 April 2013. Hari ini merupakan hari ulangtahun yang ke 22 tahun untuk kawan aku Nursyazwani Binti Hishamuddin. Aku lupa wey aku eja nama hang betul ka dak. Semoga hang sentiasa ceria dalam menghadapi cabaran untuk bergelar seorang doktor :)

Kenapa bila tibanya 1 April orang semua sibuk nak cakap pasal April Fool? Tak faham aku. Aku rasa rata-rata umat Islam ni tau tentang hukum menyambut April Fool. Tipu sangat kalau taktau. Setiap tahun cakap benda yang sama. Mula la nak post pasal April Fool merupakan..........

NAK BUAT APA?

Lagi banyak kita post pasal tu, orang yang tak tahu pun kewujudan sambutan April Fool tu akan jadi tau. Aku rasa better kita takyah cakap apa-apa. Biar orang semua lupa pasal April Fool tu. Aku pun bukannya ingat sangat pasal April Fool tu, yang aku ingat hari ni birthday kawan aku. Aku tergerak untuk menulis entry ni sebab nampak ramai sangat yang post di Twitter bagai tentang pengharaman menyambut April Fool. 

Cuba kalau dalam 10 tahun rakyat Malaysia tidak bercakap tentang April Fool, kemungkinan besar generasi akan datang tiada informasi langsung mengenainya seterusnya mereka tidak akan terikut-ikut untuk menyambutnya disebabkan pada mereka 1 April merupakan hari yang sama sahaja dengan hari yang lain-lain. 

Stop la wey. Biar nama April Fool tu MATI.

*Taktau la bagi orang lain. Ini cuma pendapat aku. Aku tulis apa yang aku rasa :)

No comments:

Post a Comment