04 April 2013

Sehari di Singapore.

Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang dah tau pasal aku dan kawan-kawan ke Singapore Sabtu lepas. Maklumlah sekarang ni dunia teknologi. Facebook, Twitter, Instagram, dll. Sehari ja kami pi tu pun under pakej dari syarikat pelancongan mana ntah yang mai tampal iklan kat bangunan fakulti aku. RM12O seorang pada aku sangat murah dan berbaloi. Kami hanya perlu sediakan duit makan dan souvenir sahaja. Alhamdulillah, dapat juga aku merasa pijak kaki di negara orang. First time aku pi oversea kot. Nampak dak poyo dia kat situ?

Aku nak share sikit tips pasal Singapore ni dengan hampa semua. Mana tau nanti hampa pula ada rezeki ke sana. Bagi yang dah banyak kali pi ibarat kampung halaman tu, digalakkan tidak membaca entri ini. Hahaha

TIPS YANG MUNGKIN BERGUNA :

1. Bawa air.
Terdapat dua jenis air yang hampa kena bawak. Satu air minum. Satu air untuk kecemasan sekiranya hampa nak ke toilet. Kita semua tau Singapore negara yang tak cukup air so air di sana sangatlah mahal. Memang nampak dia tu 2.00 tapi cuba convert duit Malaysia. Nahai ! Yang air kecemasan tu demi keselesaan hampa. Almaklumlah toilet sana semua canggih-canggih. Cuma toilet kat Masjid Sultan ja ada paip untuk kita basuh apa yang patut.

2. Jangan pakai baju tebal.
Bukan maksud aku suruh hampa pakai singlet atau baju yang nipis. BUKAN. Apa yang aku maksudkan ialah jangan nak berfesyen sampai berlapis-lapis hampa sarung. Seriously, Singapore sangatlah panas. Panas kat sana tak terik tapi udara dia macam berhaba. Dapat dak apa yang aku cuba nak sampaikan ni? Sana kan pulau, so faham-faham la na. Ambil Geografi kan? Kalau boleh pakai baju yang selapis ja. Aku bercakap dari segi pengalaman. Bawak baju spare pun ok bagi yang pi balik hari macam aku la. 

3. Makan.
Singapore boleh dikatakan agak susah sebenarnya untuk cari makanan halal. Pemandu pelancong tu la yang cakap. Aku pun rasa macam tu jugak. Biasalah, sana majoritinya cina. Tapi hampa boleh makan dekat Arab Street. Situ ada banyak makanan halal. Satu lagi, better bawak Maggi hotcup. Jumpa mana-mana 7Eleven boleh masak. Sebab harga makanan kat sana kekadang tak berbaloi untuk kita beli. Kalau boleh berjimat kan lagi bagus.

4. Tempat untuk beli ole-ole.
Sila ke China Town. Jangan pi tempat lain, tak berbaloi. Kat sana, hampa boleh dapat banyak ole-ole dengan harga yang berpatutan. 

5. Tempat wajib masuk
Sentosa Island adalah tempat wajib hampa pi. Best sangat kat sana. Nak masuk sana hanya 6 dollar sahaja bersamaan RM15. Tapi untuk main permainan di dalam tu kena bayar harga lain pulak. Dalam tu la ada Universal Studios. Kalau hampa tak mampu nak masuk, silalah snap picture banyak-banyak kat depan pintu masuk tu macam aku. Dalam Sentosa ni ada banyak tempat menarik tapi siap duit ja.


Ni penting. Kami guna pasport berkumpulan. 


Selesai solat subuh di R&R.


Aku breakfast roti dan tuna dalam bas.*Mulut penuh makanan.


Chinese and Japanese Garden.
Tempat ni sesuai untuk kita jogging. Tenang dan damai. 

zzzzzzzz


Jalan dua tiga langkah, tangkap gambar. MESTI !


Cantik kan? 


zzzzzzzzz


zzzzzzzzzz


Aku suka gambar ni.


Aku cuba untuk menjadi comel.




Gaya pelancong.


Singa singa singa.


Dari kiri, Ecah, Rina, Kak Sha. Berminat?
Sila pm.


Unik kan bangunan yang ada tiga tu. Siap atas tu ada kapal lagi.


Rina comel.


Depa kata ni Eye on Malaysia dulu tu. Taktau la betoi ka dak.


Bangunan buah durian. Aku taktau nama dia apa. Lena time pemandu pelancong tu dok cakap.


Masjid Sultan, Singapore.



Universal Studios *pintu masuk*


Aku pun taktau apa motif aku tangkap gambaq ni.


Ada orang buat wedding depan pantai Siloso. Banyak gila duittttt.


zzzzzzzz


Haluskan butiran pasir sana. 


Atas tram. Naik tram ni free dalam Sentosa sebab dah bayar entrance fee. Pi ja mana2 hampa nak pi.


Muka heaven ja jumpa 7Eleven dalam Sentosa.


Aku dah tak kisah orang. MAKAN !


Nampak macam kami bertiga ja kan. Padahal belakang tu penuh mat saleh tunggu turn nak ambil gambaq kat sini. HAHAHA!


Ole-ole dari Singapore.



Aku memang suka berjalan. Tambah-tambah tempat yang aku tak pernah pi. Tahi lalat penuh tapak kaki kot. Nasihat aku, masa kita ada tenaga ni la nak berjalan/melancong. Belajar tu belajar juga tapi jangan lupa enjoy. Masa ni la kita nak cari pengalaman baru dengan kawan-kawan. Nanti kalau kawan hang tu dah kahwin, ingat dia nak pi bercuti ngan hang? Baik dia pi ngan laki dia.

No comments:

Post a Comment